Followers

jom klik klik

Saturday, November 12, 2011

Godaan Iblis Dalam Sembahyang


Salam untuk semua..

Rasulullah s.a.w. telah menyoal iblis sabdanya,

“Wahai iblis! Ketika umatku berdiri mendirikan solat, bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?”
Jawab Iblis, “Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku, seluruh badanku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tentera aku yang terdiri daripada syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas (hendak melakukan solat).”

“Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari solatnya. “Sesetengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang. Sesetengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakan supaya solat itu cepat habis. “Semua godaan ini adalah supaya pahala solat seseorang umatmu itu akan menjadi berkurangan. Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil maka, akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu”.

Itulah janji syaitan, iblis kepada Tuhan bahawa dia akan cuba menyesatkan hati manusia sehingga ke lembah kejahatan agar manusia leka dengan kemanisan duniawi..Jadi berhati-hatilah dengan setiap tingkahlaku kita kerana mereka akan sentiasa mencari ruang untuk memperdayakan manusia yang berjiwa lemah..


Pesanan untuk diriku sendiri dan sahabat jua Sumber : www.sillaturahim.wordpress.com

Saturday, October 29, 2011

Kembara Bangunan Warisan



Pada 26 okt 2011,Pelajar2 interior design UPSi telah membuat satu trip ke ipoh.Kat Ipoh memang best dengan bangunan lamanya.Kepada fotografer sekalian,ipoh boleh dijadikan tempat yangmenarik untuk berkarya.....
Interior Design Crew













Sunday, October 2, 2011

Semester 3

Dah berada di semester 3 ni asa semakin berat plak subjeknya....Pada semester kali ini ,aku ambik 3 studio.

  1. studio Anyaman
  2. Studio Tembikar
  3. Studio rekabentuk hiasan dalaman
Studio anyaman termasuk dalam bahagian Kraf,manakal interior design masuk dalam bidang rekabentuk.Insyallah jika berpeluang,aku akan paparkan hasil karya pada semester kali ini...

huhu

Wednesday, August 10, 2011

KetiKa Itu

kali ni aku nak story tentang aku dan mereka semasa
menuntut di Tingkatan 5 IT 2.

Dari kiri : Aku,SAM,Dila,Fatin Z ,Julia, Shidon, Izamir(IR), Sobri,
bawah:Khairi azim,Izham,Iqmal,Cikgu Mas,Awanis,Fatin Arlina,Lydia

Aku berada dihujung sebelah kiri...hehe..

Korang apa khabar semua?
X rindu kat aku ke...hehe.
Alhamdulillah,sekarang kita berada di haluan masing2 yg kita pilih.
Walaupun dh 4 tahun kita berpecah demi mencapai impian masing2 tetapi ukhuwah yang terjalin masing berkekalan.cuma mungkin terdapat kekangan masa untuk bertemu.Kalau diingatkan balik kenangan semasa kita di sekolah,macam2 ragam kan.apa pun ia tetap menjadi kenagan terindah



yang ni Gambar sewaktu malam jamuan akhir tahun di Asrama....
aku kat hujung sekali..eh hujung tu izamir ridzwan(IR)..Aku yang sebelah dia....fikri, shafiq, sobri, dzul, syazwan, wanda, aizat, azizi, syed, nan, dan kaum hawa di belakang tu..hehe..

Sunday, July 31, 2011

Mencari sesuatu di Bumi Keramat Tanjong Malim

Sempena menyambut Ramadhan,
ramai yang inginkan menyambut
kedatangan bulan yang mulia ini
bersama keluarga yang tercinta..
begitu juga aku.....





tetapi,sebelum pulang untuk berjumpa
keluarga,aku mencari sesuatu di
Tanjong Malim(TM).mesti ramai
yang tertanya-tanya apa yang
mirul nak cari ...hehehe..
biarlah mirul saja yang tahu.

Sunday, July 24, 2011

Happy Birthday


Selamat ulang tahun kelahiran kepada sahabatku ...hehe....disini aku nak bagi ucapan sikit la...."semoga EYCAH mengecapi matlamat hidupnya"...
sikit kan...hehehe

Wednesday, July 20, 2011

PESTA KONVO

Assalamualaikum....Sambil menyelam minum air....huhu..setelah sekian lama menyepi kerana sibuk dengan persiapan pesta konvo,akhirnya dapat jugak melawat blog yang berhabuk ni...




poster

Banner Pesta Konvo

flyers forum perdana

poster vespa

sambil kita berblogging,sambil mempromosikan pesta konvo ni.kepada teman2 yang berkelapangan,dijemput hadir bagi memeriahkan suasana pesta dengan melibatkan diri bersama aktiviti2 yang menarik

Friday, June 24, 2011

Di Jendela itu,ku melihat

Dari jendela ku melihat,
aku terkenang masa itu,
masa yang sering membuat ku terasa sepi,
Masa yang sering membuat hatiku memberontak,
mengharap sesuatu yang x pasti

namun,aku melihat sekali lagi,
kali ini merenung jauh,
memikirkan tentang sesuatu yg hakiki,
dalam mencari Nur yang suci,

Haha,apa la yg hndak disampaikan tu,http://www.emocutez.com
apapun,ini merupakan luahan penulis.
luahan dari insan yg kerdil,percubaan untuk terus bersuara,berkongsi cerita bersama,cewah.hehe
http://www.emocutez.com


Friday, June 17, 2011


"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."

"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."

Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.

Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme. Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.

"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."

"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."



Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.

Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.

Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [al-Dhariyat : 56]

Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah..

- Artikel iLuvislam.com

Tips/Panduan Atasi Zina Hati


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.


Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.



Wednesday, June 8, 2011

Kem Remaja Bestari Zon Utara

KRB-Selesai sahaja MSK,sebahagian daripada kami meneruskan perjalanan mengutip pengalaman2 untuk menjadi bekal masa dtg.Sangat2 mencabar.Kami datang menjadi Fasilitator bagi suatu program yang agak besar.Anjuran Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dan dlaksanakan di PERASA AUTOCAMP.Program 'Kem Remaja Bestari'(KRB) peringkat Kebangsaan (Zon Utara) memberi impak yang agak besar kepada aku untuk digunakan dalam kehidupan dan sebagai seorang guru kelak,insyallah.





inilah Adik2 yang berada dibawah bimbingan M.amirul


aktiviti yang dijalankan memberi kegembiraan

Antara fasilitator yang menyertai KRB

Aman Yasser menunjukkan bakat dalam tarian

Adik2 ku sayang,semoga memperoleh sesuatu yang
berguna untuk bekalan dunia dan akhirat

Cabaran yang dihadapi menjadi 1 pemangkin semangat untuk meneruskan perjuangan.Masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan,tetapi sejauh manakah kelebihan kita itu mampu berbakti terhadap diri,keluarga,bangsa ,negara serta yang paling penting agama.

Aku Telah Jatuh Cinta

Aku Telah Jatuh Cinta
Alhamdulillah.
Sepanjang bulan mei & jun ini,aku sudah mendapat banyak pengalaman....kenangan terindah di UPSI mungkin....Kali ni aku nk berkongsi pengalaman yang telah dilalui buat teladan semua



Bengkel Sekretariat Minggu Suaikenal[SMS]-18 mei-27mei
Dekat bengkel SMS ni,aku dapat mengenali insan2 yang bergelar sahabat.walaupun selalu kami berselisih,bertembung tetapi tidak menyapa.namun dari bengkel ni lah kami mula menjalinkan dan memantapkan lg ukhuwah diantara kami semua.
Ketika menjalankan LDK
wajah kegembiraan

Sama-sama menjejak mimpi

ketika menjalankan aktiviti di Proton City


Minggu SuaiKenal-[MSK]
-Dari bengkel ,terus pula ke MSK Jun [pengambilan pelajar Diploma].ukhuwah yang telah terjalin dieratkan lg dengan semangat berpasukan,mengharungi masalah2 yang dihadapi bersama.Aku dapat mengenali ramai orang dan belajar untuk menguruskan sesuatu.Walaupun ini MSK yang pertama,ianya bagai penuh magis kerana aku telah jatuh cinta pada MSK kali ini,& berazam akan lebih baek pada masa akan dtg.

LCCT -menunggu kedatangan pelajar dari Sabah & Sarawak

Sewaktu hari pendaftaran

Wajah-wajah Anak Kandung Suluh Budiman

Antara Sekretariat MSK


Alhamdulillah,ukhuwah yang terjalin,amat manis rasanya.hehe

Tuesday, May 10, 2011

Terima kasih

Siri Bengkel Photografi yang akan dikongsikan bersama , MiOwn dapatkan dari Pensyarah Miown iaitu Dr.Zahuri b.Khairani.Alhamdulillah dia mmg setuju sgt klaw nota ni dapat memberi manfaat kepada kita semua terutamanya kpd yg meminati dunia photografi.....hehe
http://alpharianmz.blogspot.com/search/label/Fotografi -blog Beliau

Workshop Fotografi 1




DSLR GROUP SHEFFIELD

1ST WORKSHOP 4 MAY 2009


Sensitiviti : Sensitivity

Sensitiviti atau sensitivity dalam English merupaka kaedah sukatan penerapan cahaya bagi sesuatu filem atau sensor. Secara konvensyenal, filem dikeluarkan dalam perlbagai sensitiviti berdasarkan sukatan yang standard seperti ASA/DIN/ISO untuk kegunaan yang berbeza-beza. Filem yang bersensititivi rendah menghasilkan bintik (grain) yang halus tetapi memerlukan jumlah cahaya yang tinggi. Ini amat sesuai untuk fotografi luar rumah (Outdoor Photography). Akan tetapi, jika jumlah cahaya itu kurang atau memerlukan shutter speed yang tinggi seperti aksi sukan, filem yang lebih sensitif atau filem laju (fast film) diperlukan. Akan tetapi, filem sebegini menghasilkan bintik yang lebih kasar dan menjadikan imej berbintik atau "grainy".

ISO 100 dikirakan sebagai "normal" walaupun terdapat ASA 25 dan sebagainya. Pada era kamera digital sekarang ini, kebanyakannya samada "point & shoot" mahupun DSLR, pengguna boleh memilih nilai ISO nya. ISO boleh dipilih dari 100, 200, 400, 800 malah sehingga 3,200. Harus diingatkan bahawa, seperti juga filem, penggunaan ISO tinggi menyebabkan hasilnya "grain" dan dalam kamera digital kenali sebagai "noise".

Exposure

Expoure secara asasnya merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor kamera berdasarkan pemilihan aperture dan shutter speed. Efek keatas exposure ini juga bergantung kepada sensitiviti (sensitivity) film atau sensor yang diguna pakai. Exposure yang dipilih berdasarkan kombinasi nilai aperture, shutter speed dan sensitiviti lazimnya dikenali sebagai nilai exposure atau “Exposure Value" (EV).

Nilai 0 (kosong) atau Zero EV ini ditafsirkan sebagai satu kombinasi dimana nilai aperture (aperture) pada F/1.0, nilai shutter (shutter speed) pada kelajuan 1 saat (1s) dan nilai sensitiviti pada ISO 100. Harus diingatkan bahawa, penggunaan sensitiviti ini secara teknikalnya digunakan untuk penggiraan nilai cahaya atau "Light Value" (LV). Walaubagaimana pun untuk memudahkan pemahaman dan menunjukkan bahawa nilai sensitiviti (ISO) mempunyai pengaruh keatas penggiraan nilai exposure atau exposure value (EV), ISO diambil kira dalam penjelasan ini.

Oleh yang demikian, jika seseorang pengguna mengurangkan jumlah cahaya pada filem atau sensor (seperti dengan menambah nilai shutter speed atau menamabah nilai aperture), ia akan menambahkan lagi nilai exposure EV. Sebagai contoh, misalannya pada shutter speed 1/125s dan apreture pada F/4 dan nilai exposure adalah 6 EV, jika kita menukarkan shutter speed kepada 1/250s dengan mengekalkan aperture pada F/4, nilai exposure baru kita menjadi 7 EV. Begitu juga, jikalau kita kekal pada shutter speed 1/125s dan menukarkan aperture dari F/4 ker F/5.6.


Nilai exposure tinggi atau High EV kebiasaannya digunakan didalam keadaan cerah dimana kita berkehendakan jumlah cahaya yang sikit untuk mengelakan overexpose.

Metering

Metering secara asasnya ialah untuk menyukat "exposure", iaitu jumlah cahaya untuk sesuatu imej sebelum dirakam pada filem atau pun sensor. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan sebuah light meter. Walaupun lightmeter ini masih kerap digunakan oleh jurufoto professional, ramai dikalangan pengguna SLR atau DSLR kini banyak bergantung kepada sistem metering yang terdapat didalam kamera mereka. Tujuan sistem metering dalam kamera, baik Filem maupun Digital, ialah untuk menyukat "the best-fit exposure value" atau "nilai exposure yang paling sesuai" bagi mej yang bakal dirakamkan. Dimasa kini, sistem metering secara otomatik ini dikira sebagai standard dalam penggeluaran kamera dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 mode, Spot, Matrix, Centre Average. Berdasarkan pemilihah mode yang tertentu, sistem metering kamera akan mencadangkan nilai exposure yang sesuai untuk jurufoto dan kerap kali, ia bolehlah diaggap sebagai mencukupi.

Apakah perbezaan antara ketiga-tiga mode ini? Walaupun mungkin berbeza dari segi penamaannya oleh penggeluar-pengeluar jenama kamera, secara asasnya mode tersebut adalah seperti yang dijelaskan dibawah:

Spot Metering
Membenarkan sesorang jurufoto itu membuat metering keatas subject berdasarkan "focus point" atau titik fokus yang dipilih. Ini bermaksud hanya sejumlah kawasan kecil sahaja dalam frame imej itu diambil kira untuk penggiraan nilai exposure (exposure value). Nilai exposure untuk bahagian-bahagian lain tidak diambil kira.


Center-weighted Average Metering
Mungkin merupakan kaedah metering yang lazim digunakan, malah ia merupakan kaedah asas dalam pembikinan awal automatik metering pada kamera yang tidak mempunyai pilihan mode. Didalam kaedah ini, purata nilai exposure untuk seluruh frame imej itu diambil kira dan sedikit penekanan (weightage) akan diberikan pada nilai yang dibaca ditengah-tengah frame tersebut. Di era DSLR ini, pengguna boleh membuat pilihan akan keluasan siaz bulatan di bahagain tengah frame itu, seperti 6, 8, 10 maupun 13mm. Ini memberi fleksibiliti kepada jurufoto untuk menentukan nilai penekanan (weightage) pada exposure mereka.

Matrix Metering

Ini merupakan kaedah metering yang paling komplex dan mencadangkan nilai exposure yang paling sesuai bagi setiap situati cahaya. Secara kasarnya, sesuatu imej itu dipecahkan kedalam beberapa zon dan nilai exposure dari setiap zone akan diambil kira untuk mencadangkan satu nilai exposure yang paling sesuai. Nilai exposure itu dikira berdasarkan algorithm yang telah diprogramkan kedalam cip prossesor penggeluar, yang terdapat di dalam kamera.

Peringatan:
Walaupun sistem metering automatik ini memberi satu cadang nilai exposure (dari segi aperture dan shutter speed bedasarkan ISO yang telah dipilih), pengguna harus peka akan mode dan setting yang betul untuk menghasilkan imej yang dikendendaki. Dibawah merupakan contoh dari hasil ketiga-tiga mode yang dijelaskan diatas. Saya suka menggunakan situasi malam sebagai contoh kerana perbezaan cahaya dari atas ke bawah amatlah ketara.


Dari contoh diatas, kita dapati bahawa bergantung sepenuhnya pada automatik metering tanpa membuat apa-apa "fine adjustment" mungkin bukanlah sebagai satu kaedah metering yang paling sesuai dalam situasi sebegini


Tunggu Workshop seterusnya.......

Just Click

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...