Followers

jom klik klik

Friday, June 24, 2011

Di Jendela itu,ku melihat

Dari jendela ku melihat,
aku terkenang masa itu,
masa yang sering membuat ku terasa sepi,
Masa yang sering membuat hatiku memberontak,
mengharap sesuatu yang x pasti

namun,aku melihat sekali lagi,
kali ini merenung jauh,
memikirkan tentang sesuatu yg hakiki,
dalam mencari Nur yang suci,

Haha,apa la yg hndak disampaikan tu,http://www.emocutez.com
apapun,ini merupakan luahan penulis.
luahan dari insan yg kerdil,percubaan untuk terus bersuara,berkongsi cerita bersama,cewah.hehe
http://www.emocutez.com


Friday, June 17, 2011


"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."

"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."

Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.

Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme. Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.

"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."

"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."



Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.

Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.

Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [al-Dhariyat : 56]

Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah..

- Artikel iLuvislam.com

Tips/Panduan Atasi Zina Hati


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.


Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.



Wednesday, June 8, 2011

Kem Remaja Bestari Zon Utara

KRB-Selesai sahaja MSK,sebahagian daripada kami meneruskan perjalanan mengutip pengalaman2 untuk menjadi bekal masa dtg.Sangat2 mencabar.Kami datang menjadi Fasilitator bagi suatu program yang agak besar.Anjuran Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dan dlaksanakan di PERASA AUTOCAMP.Program 'Kem Remaja Bestari'(KRB) peringkat Kebangsaan (Zon Utara) memberi impak yang agak besar kepada aku untuk digunakan dalam kehidupan dan sebagai seorang guru kelak,insyallah.





inilah Adik2 yang berada dibawah bimbingan M.amirul


aktiviti yang dijalankan memberi kegembiraan

Antara fasilitator yang menyertai KRB

Aman Yasser menunjukkan bakat dalam tarian

Adik2 ku sayang,semoga memperoleh sesuatu yang
berguna untuk bekalan dunia dan akhirat

Cabaran yang dihadapi menjadi 1 pemangkin semangat untuk meneruskan perjuangan.Masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan,tetapi sejauh manakah kelebihan kita itu mampu berbakti terhadap diri,keluarga,bangsa ,negara serta yang paling penting agama.

Aku Telah Jatuh Cinta

Aku Telah Jatuh Cinta
Alhamdulillah.
Sepanjang bulan mei & jun ini,aku sudah mendapat banyak pengalaman....kenangan terindah di UPSI mungkin....Kali ni aku nk berkongsi pengalaman yang telah dilalui buat teladan semua



Bengkel Sekretariat Minggu Suaikenal[SMS]-18 mei-27mei
Dekat bengkel SMS ni,aku dapat mengenali insan2 yang bergelar sahabat.walaupun selalu kami berselisih,bertembung tetapi tidak menyapa.namun dari bengkel ni lah kami mula menjalinkan dan memantapkan lg ukhuwah diantara kami semua.
Ketika menjalankan LDK
wajah kegembiraan

Sama-sama menjejak mimpi

ketika menjalankan aktiviti di Proton City


Minggu SuaiKenal-[MSK]
-Dari bengkel ,terus pula ke MSK Jun [pengambilan pelajar Diploma].ukhuwah yang telah terjalin dieratkan lg dengan semangat berpasukan,mengharungi masalah2 yang dihadapi bersama.Aku dapat mengenali ramai orang dan belajar untuk menguruskan sesuatu.Walaupun ini MSK yang pertama,ianya bagai penuh magis kerana aku telah jatuh cinta pada MSK kali ini,& berazam akan lebih baek pada masa akan dtg.

LCCT -menunggu kedatangan pelajar dari Sabah & Sarawak

Sewaktu hari pendaftaran

Wajah-wajah Anak Kandung Suluh Budiman

Antara Sekretariat MSK


Alhamdulillah,ukhuwah yang terjalin,amat manis rasanya.hehe

Just Click

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...