Followers

jom klik klik

Friday, September 16, 2022

WARISAN - Lubuk Kawah (2010)

Lama tersimpam dalam draf.tahun 2022 baru nak post.

Pada 6 ogos 2010 ,geng seni upsi telah sampai ke 1 tempat yang cantik. perjalanan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 2-3 jam..amat memenatkan tetapi kepenatan itu hilang sebaik saja melihat deruan sungai yang jernih mengalir

...

Banjir (Disember 2021)

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Tragedi banjir telah melanda beberapa kawasan di Malaysia. Rumah sahabat kami juga turut ditenggelami air. boleh tahan juga keadaan selepas banjir di sana.



Friday, February 19, 2021

5T2 Pro Max

Sejak kehadiran Covid 19 dalam kehidupan kita, pelbagai cabaran dan dugaan melanda setiap peringkat masyarakat. Pelbagai norma baharu cuba dititipkan dalam urusan seharian kita.Sektor ekonomi negara menjadi tidak stabil sehingga memberi tekanan kepada setiap golongan dan tidak terkecuali sektor pendidikan.

Bagi sektor pendidikan negara ada hikmah disebalik wabak yang melanda ini. Warga pendidik berusaha meningkatkan pengetahuan dalam metologi pendidikan abad 21 bagi memastikan ilmu dapat disalurkan kepada anak didik tanpa ada kurang sedikit pun. Pantang ada ruang mereka pasti mencari pengetahuan baharu untuk memantapkan lagi Pembelajaran dan pengajaran bersama murid. Ditambah pula dengan keadaan sekarang, dirumah juga menjadi taman ilmu mendidik anak murid secara maya.

Kepada anak-anak 5T2, walau keadaan sekarang amat merumitkan, ianya mungkin akan dikenang sebagai kenangan terindah di zaman persekolahan. Doa kami guru- guru, semoga bacth 03 Pro Max dapat menghadapi peperiksaan SPM dengan jayanya.



Belajar melalui Kesilapan

Setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya....
aku bersyukur kepada Ilahi...
pernah terdengar kata2 ni
"setiap kali kita melakukan kesilapan,ia merupakan saat kita untuk belajar"

Kesilapan dalam kehidupan yang merugikan kita anggaplah sebagai yuran untuk pembelajaran di lapangan kehidupan ini. Belajar sesuatu yang perit untuk kita harungi yang memerlukan kekuatan untuk terus bangkit. Jangan terasa lemah, malah kita semakin kuat melangkah ke depan. Teruskan perjalanan kehidupan dengan menghargai setiap nikmat yang kita perolehi.

Kesilapan yang telah kita buat janganlah kita ulangi. Kita telah bayar yuran atas kesilapan pertama, jadi bayarlah untuk pembelajaran yang lain pula.

Terus melangkah.

Wednesday, June 18, 2014

kembara cuti sem...

lama gila tersimpan dalam draft.memandangkan dah ada ni , post je la.


post pada kali ini merupakan sambungan penceritaanku berkenaan pengisian cuti semester. Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh ilahi pada bulan yang mulia (12 ramadhan)  ini untuk berkongsi pengalaman yang telah aku lalui sepanjang cuti semester kali ini.


14-15 julai 2012
Awalku bangun hari itu kerana terlalu teruja untuk pergi ke Bukit Broga bersama seorang sahabatku Zawawi (awi). Kami ke sana menggunakan motosikal.Pada hari pertama kami bermalam di Shah Alam, iaitu dirumah kakak si Awi. Pada keesokkan paginya kami terus bertolak pada jam 6 pagi. Berbekalkan tip dan beberapa petunjuk yang kami perolehi, kami redah je jalan tu sampai jumpa papan tanda yang bertulis "BROGA".





20-22 julai 2012

Pada minggu ni aku balik ke kampung untuk bersama-sama keluarga menyambut kedatangan Ramadhan.Walaupun hanya sekejap tetapi ianya pasti bermakna bagi keluargaku terutamanya Mak dan Abah.



27-30
erm. kali ni macam menarik sikit.sekali lagi ke Seremban tetapi kali ni ada misi lain iaitu memberi bengkel Photoshop kepada sidang redaksi majalah sekolah SMK Seri Ampangan . Peluang ni muncul gara2 Cik Zura la. Memang minat nak berkongsi ilmu tetapi dalam masa yang sama rasa gementar.walaubagaimanapun atas bantuan Cik Zura dan Mastura Zaid, Alhamdulillah dapat berjalan dengan baik harapnya.









bengkel tu sekejap je yang lamanya masa berjalan jalan





























Friday, August 3, 2012

Manisnya...

Manis sangat.x baik untuk kesihatan.Tetapi kemanisan iman tu baik untuk kita.macam mana dengan kemanisan ukhuwah pulak.erm....

Tu je nak merapu.kesejukkan di pejabat ni.hehe.

Thursday, July 12, 2012

Mengembara Cuti SeMester..(Yeke..???)

[Rawang][Seremban]


Cuti semester.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Pada cuti semester kali ini ,aku mendapat pengalaman baru. Saya pasti kawan2 yang lain terdapat pelbagai aktiviti dan pengisian tersendiri.

 cuti semester kali ni aku bekerja di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI. Walaupun jauh dirumah,tapi ianya memberi banyak makna dan pengajaran kepada aku. Aku bekerja ikut opis hour, jadi setiap ari jumaat, sabtu & ahad aku akan merancang perjalanan ala2 mengembara  gitu.hehe.

untuk minggu yang pertama aku ke rawang berjumpa dengan seornag sahabat dari kampong iaitu asyraf.huhu.walaupun aku tnggal dekat je ngan rawang, tapi x pernah berjalan2 kat kawasan tu.best jugak.bermalam disana bersama asyraf untuk menonton final euro antara sepanyol  & itali. Kat sana kami berkongsi banyak cerita tentang kenangan lepas dan perancangan serta masalah yang dihadapi kami. a simple journey, but full of meaning for us. 

 
PEta rawang. xsempat nak pergi TESCO. kami bermalam kat roundbout tu je


Asyraf



minggu depan x tahu lg hehe

Just Click

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...