Followers

jom klik klik

Friday, August 3, 2012

Manisnya...

Manis sangat.x baik untuk kesihatan.Tetapi kemanisan iman tu baik untuk kita.macam mana dengan kemanisan ukhuwah pulak.erm....

Tu je nak merapu.kesejukkan di pejabat ni.hehe.

Thursday, July 12, 2012

Mengembara Cuti SeMester..(Yeke..???)

[Rawang][Seremban]


Cuti semester.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Pada cuti semester kali ini ,aku mendapat pengalaman baru. Saya pasti kawan2 yang lain terdapat pelbagai aktiviti dan pengisian tersendiri.

 cuti semester kali ni aku bekerja di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI. Walaupun jauh dirumah,tapi ianya memberi banyak makna dan pengajaran kepada aku. Aku bekerja ikut opis hour, jadi setiap ari jumaat, sabtu & ahad aku akan merancang perjalanan ala2 mengembara  gitu.hehe.

untuk minggu yang pertama aku ke rawang berjumpa dengan seornag sahabat dari kampong iaitu asyraf.huhu.walaupun aku tnggal dekat je ngan rawang, tapi x pernah berjalan2 kat kawasan tu.best jugak.bermalam disana bersama asyraf untuk menonton final euro antara sepanyol  & itali. Kat sana kami berkongsi banyak cerita tentang kenangan lepas dan perancangan serta masalah yang dihadapi kami. a simple journey, but full of meaning for us. 

 
PEta rawang. xsempat nak pergi TESCO. kami bermalam kat roundbout tu je


Asyraf



minggu depan x tahu lg hehe

Wednesday, July 4, 2012

Program Khidmat Masyarakat di Kemboja


Pada januari yang lalu, aku berpeluang menyertai Program khidmat masyarakat.Program ini berbeza dengan program khidmat masyarakat yang pernah aku sertai kerana ianya menaiki kapal terbang ke sana merentasi hutan dan lautan..sebenarnya ke kemboja ja. Program ini bertujuan membantu penduduk di kemboja khususnya masyarakat islam disana.

aku ni bab nak wat ayat ni mmg lemah sikit. apapun tengoklah video yang  Che Mat n Mirul buat ni...



video keseluruhan


video hari pertama(lebih detail)


video hari kedua


yang hari lain tu , korang cari kat youtube k...hehe(bajet)

Sunday, February 19, 2012

Maksud Bacaan Solat

Dikalangan kita ada orang-orang yang telah berpuluh tahun menunaikan solat tetapi sehingga hari ini masih belum mengerti maksud setiap bacaan dalam solat itu sendiri. Hal ini terjadi kerana kita kurang mengambil berat tentang makna bacaan tersebut. Padahal dengan memahami bacaan dalam solat, ia dapat membantu kita untuk lebih khusyuk menunaikan solat.

Buat mereka yang ingin memahami bacaan dalam solat, teruskan membaca tafsiran di bawah:

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Just Click

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...