Saturday, November 12, 2011
Godaan Iblis Dalam Sembahyang
Saturday, October 29, 2011
Kembara Bangunan Warisan
Pada 26 okt 2011,Pelajar2 interior design UPSi telah membuat satu trip ke ipoh.Kat Ipoh memang best dengan bangunan lamanya.Kepada fotografer sekalian,ipoh boleh dijadikan tempat yangmenarik untuk berkarya.....
Sunday, October 2, 2011
Semester 3
- studio Anyaman
- Studio Tembikar
- Studio rekabentuk hiasan dalaman
Wednesday, August 10, 2011
KetiKa Itu
Thursday, August 4, 2011
Sunday, July 31, 2011
Mencari sesuatu di Bumi Keramat Tanjong Malim
Sunday, July 24, 2011
Happy Birthday
Wednesday, July 20, 2011
PESTA KONVO
Friday, June 24, 2011
Di Jendela itu,ku melihat
Friday, June 17, 2011
"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."
"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."
Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.
Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme. Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.
"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."
"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."
Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.
Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.
Firman Allah:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [al-Dhariyat : 56]
Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah..
Tips/Panduan Atasi Zina Hati
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Wednesday, June 8, 2011
Kem Remaja Bestari Zon Utara
Aku Telah Jatuh Cinta
Alhamdulillah.
Tuesday, May 10, 2011
Terima kasih
http://alpharianmz.blogspot.com/search/label/Fotografi -blog Beliau
Workshop Fotografi 1
| DSLR GROUP SHEFFIELD 1ST WORKSHOP 4 MAY 2009 |
|
Sensitiviti atau sensitivity dalam English merupaka kaedah sukatan penerapan cahaya bagi sesuatu filem atau sensor. Secara konvensyenal, filem dikeluarkan dalam perlbagai sensitiviti berdasarkan sukatan yang standard seperti ASA/DIN/ISO untuk kegunaan yang berbeza-beza. Filem yang bersensititivi rendah menghasilkan bintik (grain) yang halus tetapi memerlukan jumlah cahaya yang tinggi. Ini amat sesuai untuk fotografi luar rumah (Outdoor Photography). Akan tetapi, jika jumlah cahaya itu kurang atau memerlukan shutter speed yang tinggi seperti aksi sukan, filem yang lebih sensitif atau filem laju (fast film) diperlukan. Akan tetapi, filem sebegini menghasilkan bintik yang lebih kasar dan menjadikan imej berbintik atau "grainy".
ISO 100 dikirakan sebagai "normal" walaupun terdapat ASA 25 dan sebagainya. Pada era kamera digital sekarang ini, kebanyakannya samada "point & shoot" mahupun DSLR, pengguna boleh memilih nilai ISO nya. ISO boleh dipilih dari 100, 200, 400, 800 malah sehingga 3,200. Harus diingatkan bahawa, seperti juga filem, penggunaan ISO tinggi menyebabkan hasilnya "grain" dan dalam kamera digital kenali sebagai "noise".
Expoure secara asasnya merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor kamera berdasarkan pemilihan aperture dan shutter speed. Efek keatas exposure ini juga bergantung kepada sensitiviti (sensitivity) film atau sensor yang diguna pakai. Exposure yang dipilih berdasarkan kombinasi nilai aperture, shutter speed dan sensitiviti lazimnya dikenali sebagai nilai exposure atau “Exposure Value" (EV).
Nilai 0 (kosong) atau Zero EV ini ditafsirkan sebagai satu kombinasi dimana nilai aperture (aperture) pada F/1.0, nilai shutter (shutter speed) pada kelajuan 1 saat (1s) dan nilai sensitiviti pada ISO 100. Harus diingatkan bahawa, penggunaan sensitiviti ini secara teknikalnya digunakan untuk penggiraan nilai cahaya atau "Light Value" (LV). Walaubagaimana pun untuk memudahkan pemahaman dan menunjukkan bahawa nilai sensitiviti (ISO) mempunyai pengaruh keatas penggiraan nilai exposure atau exposure value (EV), ISO diambil kira dalam penjelasan ini.
Oleh yang demikian, jika seseorang pengguna mengurangkan jumlah cahaya pada filem atau sensor (seperti dengan menambah nilai shutter speed atau menamabah nilai aperture), ia akan menambahkan lagi nilai exposure EV. Sebagai contoh, misalannya pada shutter speed 1/125s dan apreture pada F/4 dan nilai exposure adalah 6 EV, jika kita menukarkan shutter speed kepada 1/250s dengan mengekalkan aperture pada F/4, nilai exposure baru kita menjadi 7 EV. Begitu juga, jikalau kita kekal pada shutter speed 1/125s dan menukarkan aperture dari F/4 ker F/5.6.
Nilai exposure tinggi atau High EV kebiasaannya digunakan didalam keadaan cerah dimana kita berkehendakan jumlah cahaya yang sikit untuk mengelakan overexpose.
Metering secara asasnya ialah untuk menyukat "exposure", iaitu jumlah cahaya untuk sesuatu imej sebelum dirakam pada filem atau pun sensor. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan sebuah light meter. Walaupun lightmeter ini masih kerap digunakan oleh jurufoto professional, ramai dikalangan pengguna SLR atau DSLR kini banyak bergantung kepada sistem metering yang terdapat didalam kamera mereka. Tujuan sistem metering dalam kamera, baik Filem maupun Digital, ialah untuk menyukat "the best-fit exposure value" atau "nilai exposure yang paling sesuai" bagi mej yang bakal dirakamkan. Dimasa kini, sistem metering secara otomatik ini dikira sebagai standard dalam penggeluaran kamera dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 mode, Spot, Matrix, Centre Average. Berdasarkan pemilihah mode yang tertentu, sistem metering kamera akan mencadangkan nilai exposure yang sesuai untuk jurufoto dan kerap kali, ia bolehlah diaggap sebagai mencukupi.
Apakah perbezaan antara ketiga-tiga mode ini? Walaupun mungkin berbeza dari segi penamaannya oleh penggeluar-pengeluar jenama kamera, secara asasnya mode tersebut adalah seperti yang dijelaskan dibawah:
Spot Metering
Membenarkan sesorang jurufoto itu membuat metering keatas subject berdasarkan "focus point" atau titik fokus yang dipilih. Ini bermaksud hanya sejumlah kawasan kecil sahaja dalam frame imej itu diambil kira untuk penggiraan nilai exposure (exposure value). Nilai exposure untuk bahagian-bahagian lain tidak diambil kira.
Center-weighted Average Metering
Mungkin merupakan kaedah metering yang lazim digunakan, malah ia merupakan kaedah asas dalam pembikinan awal automatik metering pada kamera yang tidak mempunyai pilihan mode. Didalam kaedah ini, purata nilai exposure untuk seluruh frame imej itu diambil kira dan sedikit penekanan (weightage) akan diberikan pada nilai yang dibaca ditengah-tengah frame tersebut. Di era DSLR ini, pengguna boleh membuat pilihan akan keluasan siaz bulatan di bahagain tengah frame itu, seperti 6, 8, 10 maupun 13mm. Ini memberi fleksibiliti kepada jurufoto untuk menentukan nilai penekanan (weightage) pada exposure mereka.
Matrix Metering
Ini merupakan kaedah metering yang paling komplex dan mencadangkan nilai exposure yang paling sesuai bagi setiap situati cahaya. Secara kasarnya, sesuatu imej itu dipecahkan kedalam beberapa zon dan nilai exposure dari setiap zone akan diambil kira untuk mencadangkan satu nilai exposure yang paling sesuai. Nilai exposure itu dikira berdasarkan algorithm yang telah diprogramkan kedalam cip prossesor penggeluar, yang terdapat di dalam kamera.
Peringatan:
Walaupun sistem metering automatik ini memberi satu cadang nilai exposure (dari segi aperture dan shutter speed bedasarkan ISO yang telah dipilih), pengguna harus peka akan mode dan setting yang betul untuk menghasilkan imej yang dikendendaki. Dibawah merupakan contoh dari hasil ketiga-tiga mode yang dijelaskan diatas. Saya suka menggunakan situasi malam sebagai contoh kerana perbezaan cahaya dari atas ke bawah amatlah ketara.
Dari contoh diatas, kita dapati bahawa bergantung sepenuhnya pada automatik metering tanpa membuat apa-apa "fine adjustment" mungkin bukanlah sebagai satu kaedah metering yang paling sesuai dalam situasi sebegini
Tunggu Workshop seterusnya.......