Followers

jom klik klik

Friday, February 19, 2021

5T2 Pro Max

Sejak kehadiran Covid 19 dalam kehidupan kita, pelbagai cabaran dan dugaan melanda setiap peringkat masyarakat. Pelbagai norma baharu cuba dititipkan dalam urusan seharian kita.Sektor ekonomi negara menjadi tidak stabil sehingga memberi tekanan kepada setiap golongan dan tidak terkecuali sektor pendidikan.

Bagi sektor pendidikan negara ada hikmah disebalik wabak yang melanda ini. Warga pendidik berusaha meningkatkan pengetahuan dalam metologi pendidikan abad 21 bagi memastikan ilmu dapat disalurkan kepada anak didik tanpa ada kurang sedikit pun. Pantang ada ruang mereka pasti mencari pengetahuan baharu untuk memantapkan lagi Pembelajaran dan pengajaran bersama murid. Ditambah pula dengan keadaan sekarang, dirumah juga menjadi taman ilmu mendidik anak murid secara maya.

Kepada anak-anak 5T2, walau keadaan sekarang amat merumitkan, ianya mungkin akan dikenang sebagai kenangan terindah di zaman persekolahan. Doa kami guru- guru, semoga bacth 03 Pro Max dapat menghadapi peperiksaan SPM dengan jayanya.



No comments:

Just Click

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...